Masjid telah 100% siap dibina

Alhamdulillah Kompleks Masjid Taman Sutera Kajang Fasa 1 telah berjaya dibina. Terima Kasih tidak terhingga diatas semua pewakaf yang telah berterusan memberi wakaf kepada pembinaan KOMTAS Fasa 1 ini dengan kutipan sebanyak 13 juta. Masjid telah dirasmikan pada 7 Julai 2022. 

Kini kami dalam proses pembinaan Kompleks Masjid Taman Sutera (KOMTAS) Fasa 2 iaitu pembinaan Sekolah Rendah Agama, rumah iman dan tahfiz harian

 

Sejarah Komtas

Pembangunan KOMTAS ini telah mendapat kelulusan pembinaan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 27 Januari 2011.

Kelulusan pada 27 Januari 2011

Pembangunan Kompleks Masjid Taman Sutera, Kajang, Selangor ini telah mendapat kelulusan pembinaan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 27 Januari 2011 dan Kebenaran Merancang (Development Order) dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)  pada 16 Jun 2011.

Strategi AJK Masjid pada mulanya berhasrat untuk mengumpul RM2.0 juta terlebih dahulu sebelum memulakan pembinaan. Namun hanya RM1.1 juta sahaja yang berjaya dikumpul sepanjang 7 tahun sehingga tahun 2017. Penduduk menaruh harapan tinggi dapat menggunakan masjid berkenaan. Penyumbang dana pula berharap sangat pelaburan mereka mendapat ganjaran 700 kali ganda pahala kebajikan sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al Baqarah Ayat  261.

INFORMASI

Di sini kami kongsikan kepada anda informasi secara terperinci berkaitan Pembangunan Masjid Taman Sutera Kajang. 

Jom berwakaf!

“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan yang sempurna sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah Al Imran (3): 92)

Alamat

Jalan Sutera 2/3, Taman Sutera, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Telefon

0133912122 (Wan Nazri) 0193121229 (Shaifudin)

Email

admin@masjidtamansutera.com
danamasjidtamansutera@gmail.com