Pihak AJK Masjid Taman Sutera Kajang sangat mengalukan Tuan/Puan untuk turut serta berwakaf untuk Pembangunan Masjid Taman Sutera Kajang.

Orang yang mewakafkan hartanya akan diganjarkan pahala yang berkekalan dan berpanjangan selama mana harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan atau tidak musnah.

Hal ini sudah tentu berbeza dengan sedekah-sedekah yang lain. Sebagai contoh, seseorang mewakafkan RM10 untuk pembinaan masjid. Maka, selagimana masjid itu kekal berada di situ, maka selagi itu pahala akan mengalir kepada pewakaf insha Allah. Manakala, contoh sedekah ialah seperti seseorang menyedekahkan RM10 kepada peminta sedekah. Duit RM10 tersebut kemudian akan digunakan untuk membeli makanan. Setelah makanan tersebut habis dimakan, maka pahala sedekah hanya setakat di situ.

Oleh itu, di samping melakukan sedekah-sedekah yang lain, marilah merebut peluang untuk berwakaf sama ada dalam bentuk wang tunai, aset dan sebagainya.

Semoga Allah SWT memberikan ilmu dan kefahaman yang tepat agar kita dapat membuat persiapan dengan sebaik-baiknya demi keuntungan kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Amin.

rujukan: 

Website Mufti Wilayah