Saya berkongsi wakaf ni dgn kawan-kawan…kalau nak wakaf RM100 sorang x ramai yang nak,jadi saya kumpul je beberapa diorang nak bagi, terkumpul la RM600 setiap bulan – Pn Noraida

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya:

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”. ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

KEMPEN WAQAF KW3800

Kami hanya perlukan penyumbang wakaf seramai 3367 orang sahaja dengan sumbangan RM100 sebulan selama 15 bulan. Jumlah sumbangan:

RM5.05 Juta =3367 orang x RM100 sebulan x 15 bulan.

Jom sama-sama kita berwaqaf untuk sama-sama mendapat saham akhirat. Kebaikan di dunia dan akhirat menanti anda Insyaallah.

SUMBAGAN WAQAF ANDA BOLEH DISALURKAN MELALUI

 MAYBANK = 5623 8412 0281  BANK ISLAM : 120 920 100 43 776