Program Sutera Prihatin – Bantuan Buka Sekolah merupakan agenda tahunan yang disusun sebagai usaha membantu meringankan beban ahli kariah yang kurang kemampuan. Program ini juga mendidik sikap cakna atau ambil tahu sesama ahli kariah. Majlis berlangsung di ruang legar Surau Taman Sutera melibatkan 73 orang penerima bantuan. Penyampaian beg sekolah diadakan seusai ucapan perasmian oleh pengerusi Surau. Kemudian, anak-anak dibawa ke Uniform Gallery untuk membeli pakaian sekolah.
SUMBANGAN DI TAJA OLEH PARA DERMAWAN DAN PENDUDUK TAMAN SUTERA. MUGA ALLAH MERAHMATI MEREKA SELALU.
KEMPEN WAQAF KW3800
Kami hanya perlukan penyumbang wakaf seramai 3367 orang sahaja dengan sumbangan RM100 sebulan selama 15 bulan. Jumlah sumbangan:
RM5.05 Juta =3367 orang x RM100 sebulan x 15 bulan.Jom sama-sama kita berwaqaf untuk sama-sama mendapat saham akhirat. Kebaikan di dunia dan akhirat menanti anda Insyaallah.
SUMBAGAN WAQAF ANDA BOLEH DISALURKAN MELALUI
MAYBANK = 5623 8412 0281 BANK ISLAM : 120 920 100 43 776