INFO TERKINI :
Majlis Penyerahan Kunci | 7 Julai 2022
Penyata Kewangan berakhir pada 31.12.2021

PRODUK KAMI
Surah An-Nisaa’ : Ayat 39
Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.
Sejarah KOMTAS
Pembangunan Kompleks Masjid Taman Sutera, Kajang, Selangor ini telah mendapat kelulusan pembinaan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 27 Januari 2011 dan Kebenaran Merancang (Development Order) dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 16 Jun 2011. Strategi AJK Masjid pada mulanya berhasrat untuk mengumpul RM2.0 juta terlebih dahulu sebelum memulakan pembinaan. Namun hanya RM1.1 juta sahaja yang berjaya dikumpul sepanjang 7 tahun sehingga tahun 2017. Penduduk menaruh harapan tinggi dapat menggunakan masjid berkenaan. Alhamdulillah kini dengan izin Allah Kompleks Masjid Taman Sutera Kajang Fasa 1 telah berjaya dirasmikan pada 7 Julai 2022 dengan kutipan infaq orang ramai sebanyak 13 Juta. Kini Kompleks Masjid Taman Sutera Kajang Fasa 2 iaitu pembinaan Sekolah Rendah Agama, rumah Imam dan tahfiz harian pula dalam proses untuk dibangunkan.

Wakaf tuan/puan sebanyak 13 juta telah digunakan untuk pembinaan Fasa 1 KOMTAS dan telah dirasmikan pada 7 Julai 2022
Dana sebanyak RM 10 Juta diperlukan untuk Fasa 2 Pembangunan Sekolah Rendah Agama, Tahfiz dan Rumah Imam
Bersama Kami
Alamat
Jalan Sutera 2/3, Taman Sutera, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Telefon
0133912122 (Wan Nazri) 0193121229 (Shaifudin)