Sejarah Komtas

Pembangunan KOMTAS ini telah mendapat kelulusan pembinaan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 27 Januari 2011.

Kelulusan pada 27 Januari 2011

Pembangunan Kompleks Masjid Taman Sutera, Kajang, Selangor ini telah mendapat kelulusan pembinaan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 27 Januari 2011 dan Kebenaran Merancang (Development Order) dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)  pada 16 Jun 2011.

Strategi AJK Masjid pada mulanya berhasrat untuk mengumpul RM2.0 juta terlebih dahulu sebelum memulakan pembinaan. Namun hanya RM1.1 juta sahaja yang berjaya dikumpul sepanjang 7 tahun sehingga tahun 2017. Penduduk menaruh harapan tinggi dapat menggunakan masjid berkenaan. Penyumbang dana pula berharap sangat pelaburan mereka mendapat ganjaran 700 kali ganda pahala kebajikan sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al Baqarah Ayat  261.

Hadiah Untuk Kedua Orang Tua Kita

Justeru itu, AJK Masjid menukar strategi dengan memulakan pembangunan masjid pada 2 Mei 2017 dengan harapan pertambahan sumbangan derma dan wakaf akan masuk dengan kadar yang memberangsangkan.
الحمدلله

Syukur dan segala puji pujian untuk Allah, strategi menampakkan hasil. Sehingga 8 Ogos 2018, lebih kurang 15 bulan selepas kontraktor masuk tapak pembinaan, dana telah bertambah sebanyak RM1.2 juta dari RM1.1 juta kepada RM2.3 juta. Pembinaan kini pada tahap 12% dimana tiang dan bumbung masjid sedang aktif dibina (lihat gambar).

Namun begitu kami masih memerlukan RM5.7 juta untuk menyiapkan masjid ini. Bayangkan, jika masjid ini siap dibina, betapa besarnya pahala kebajikan kepada penyumbang dana hingga bertali arus keakhirat yang bakal membantu kita ketika dialam barzakh.

Pahala sumbangan ini kita HADIAH JUGA UNTUK KEDUA ORANG TUA KITA samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Bayangkanlah manfaatnya kepada kita dan kedua ibu bapa kita apabila siapnya masjid ini.

Dana yang diperlukan untuk pembagunan masjid ini adalah RM5.7 juta.

InshaAllah, dengan dana sebanyak ini, akan terbinanya sebuah komplek bangunan masjid 1 tingkat mengandungi dewan solat utama, sekolah agama 2 tingkat, dewan kuliah, dewan serbaguna merangkap dewan solat, perpustakaan, pusat sumber, pusat computer, bilik mesyuarat, 4 unit kuarters 2 tingkat imam bilal dan bilik jenazah. Keluasan binaan ialah 4,191.94 meter persegi dan dibina diatas diatas tanah seluas 12,512 meter persegi di Jalan Sutera 2/3, Taman Sutera, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

TIDAK MUSTAHIL UNTUK MENJANA RM5.7 juta.

Kami hanya perlukan penyumbang wakaf seramai 3800 orang sahaja dengan sumbangan RM100 sebulan selama 15 bulan. Jumlah sumbangan:

RM570,000=3800 orang x RM100 sebulan x 15 bulan.

Tidak mustahil untuk menjana RM5.7 juta apabila setiap 380 pewakaf awal diatas dapat share page wakaf ini kepada minima 10 orang atau lebih dan berjaya menarik 10 orang lagi oleh setiap 380 orang pewakaf awal.

Pasti BOLEH!

Maka kita akan dapat menjana 3800 orang pewakaf atau RM5.7 juta, cukup dana untuk membina masjid ini.

RM5.7 juta = 380 orang pewakaf awal x 10 orang lagi x RM100 sebulan x 15 bulan berturut-turut.

Kalau saya saja yang post, memang mustahil. Jadi saya sangat memerlukan RAMAI orang post dan share page wakaf ini. Jom sekurang-kurangnya kita biarkan POST ini ada di timelines kita pun jadilah dan SHARE kepada seramai mungkin.

Semoga Allah murahkan rezeki dan panjang umur buat semua yang membantu kemaslahatan Kompleks Masjid Taman Sutera, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Jom berwakaf!

“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan yang sempurna sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah Al Imran (3): 92)

Alamat

Jalan Sutera 2/3, Taman Sutera, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Telefon

013 391 2122 (Wan Nazri)
019 342 9396 (Yasmizi)
019 312 1229 (Shaifudin)

Email

admin@masjidtamansutera.com