Walaupun permulaan tahun baru di dalam Islam adalah bermulanya bulan Muharam, tetapi kami di pihak Pengurusan Pembangunan Kompleks Masjid Taman Sutera Kajang ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2019 kepada semua. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua, memberi kesihatan yang baik agar dapat meneruskan ibadah kepadaNya, memperluas pintu rezeki agar dapat menyempurnakan harta di jalan Allah. Sama-sama kita berazam untuk selalu hadirkan diri ke Masjid.