RUKUN ISLAM


Pengertian Islam dari sudut bahasa di ambil dariapda kata dasar salama yang membawa maksud taat dan patuh makakala dari sudut istilah Syarak pula ia membawa kepada makana tunduk, taat dan patut kepada perintah Allah SWT seperti mana yang disampaikan oleh Nabi junjungan besar kita iaitu Nabi Muhmmad SAW

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: ” بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ”.
(رواه البخاري ومسلم)

Dari Abu ‘Abdurrahman ‘Abdullah bin ‘Umar bin Al-Khattab r.a , ia mengatakan bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Islam dibangun di atas lima perkara: bersaksi bahwa tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah dan bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah; menunaikan shalat; menunaikan zakat; menunaikan haji ke Baitullah; dan berpuasa Ramadhan.” (HR. Bukhari dan Muslim) [HR. Bukhari, no. 8; Muslim, no. 16]

Seseorang Muslim mesti menghayati dan berpegang teguh kepada rukun Islam yang lima. Andai kata rukun-rukun Islam ini diaplikasikan dalam kehidupan dengan cara yang sebaik-baiknya, sudah tentu ia akan membawa kejayaan besar kepada diri individu, masyarakat dan negara. Islam ialah agama Allah SWT yang diwahyukan kepada Rasul-Nya untuk menjamin keselamatan dan panduan hidup penganutnya.

Rukun Islam ada 5 perkara iaitu;-

  1. Mengucap 2 kalimah syahadah.
  2. Solat 5 waktu.
  3. Puasa di bulan Ramadan.
  4. Mengeluarkan zakat.
  5. Mengerjakan haji (bagi yang berkemampuan)

 


 

1. Melafazkan dua kalimah syahadah
Syahadah merupakan lafaz dan ikrar penyaksian tauhid iaitu keyakinan pada Allah SWT dan penyaksian terhadap kerasulan Nabi Muhammas SAW. Syahadah (Penyaksian tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah) adalah pengucapan dua kalimah syahadah yang merupakan penyataan atau ikrar misi dan visi hidup seorang Muslim. Syahadah adalah pengucapan lidah yang melahirkan pengakuan hati dan keinginan jiwa terhadap ketuhanan dan keesaan Allah serta kebenaran Rasul-Nya Muhammad SAW sebagai utusan terakhir yang membawa rahmat kepada keseluruhan alam.

2. Mendirikan Solat
Solat merupakan satu taklifan ke atas semua umat Islam yang mana telah melafazkan ikrar syahadah dalam diri mereka. Ia merupakan satu ibadah wajib yang perlu di lakukan dan meninggalkannya merupakan dosa besar. Solat juga merupakan satu wasilah langsung kita kepada Allah SWT. Kita berkomunikasi dengan Allah SWT melahirkan apa yang dirasa dan difikirkan sama ada rasa gembira atau sebaliknya. Sebagai hamba-Nya, kita boleh meluahkan apa sahaja yang kita rasai tanpa rasa bimbang atau khuatir rahsia itu akan diketahui oleh orang lain. Allah Maha Pendengar dan Maha Penyayang.

Tujuan Solat adalah :

  • Solat mendidik manusia supaya sentiasa mengingati Allah SWT dan mematuhi perintah-Nya.
  • Solat boleh memelihara manusia daripada melakukan kejahatan.
  • Solat akan memberi ketenangan jiwa.
  • Solat akan memberi kejayaan kepada orang mukmin tetapi solat itu hendaklah dilaksanakan dengan penuh khusyuk.

Ibadah solat lebih nikmat dan mendapat pahala yang lebih jika dilakukan secara berjemaah. Sesungguhnya teguhnya tiang-tiang Islam wujud dengan semangat saling mengenal dalam kalangan orang Islam. Juga pada semangat persaudaraan dan tolong menolong dalam menganggat kebenaran dan meruntuhkan kebatikan. Ini tidak dapat disempurnakan, yakni perkenalan dan persaudaraan ini, melainkan sebaiknya dengan menggunakan peranan masjid yang menjadi tempat pertemuan kaum Muslimin untuk menunaikan solat fardu lima waktu.

Lebih-lebih lagi, dalam urusan dunia, manusia mungkin saling berpecah dan dengki antara satu masa lain. Maka dengan wujudnya pertemuan melalui solat berjemaah akan menthabatkan hati-hati mereka daripada terus koyak akibat perpecahan dan menjaga hati mereka daripada kebencian dan hasad. Orang mukmin yang sejati itu bukan seperti orang munafik; orang mukmin menzahirkan solat berjemaah dan ibadah mereka dan berusaha untuk sentiasa ke masjid.
Firman Allah Taala:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Maksudnya: “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
(Surah al-Taubah: 18)

3. Berpuasa di bulan Ramadan
Berpuasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala dari sudut Syarak ia membawa maksud meninggalkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari dan disertai dengan niat.

Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi. Allah telah meberikan kelebihan yang banyak dalam bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain. puasa bulan Ramadan adalah satu latihan rohaniah bagi mendidik jiwa manusia supaya bersabar, bersyukur dan sentiasa merendah diri sesama manusia. Semasa sedang berpuasa, kita bersabar ketika merasa lapar dan dahaga sepanjang hari. Kita juga diajar sabar ketika merasa marah semasa sedang berpuasa. Ertinya dalam kehidupan seharian hendaklah kita juga bersabar ketika menghadapi pelbagai dugaan dan cubaan

Jika kita boleh bersabar menahan sesuatu yang halal (makan dan minum) kerana perintah ALLAH, maka sudah semestinya kita boleh bersabar menahan sesuatu yang haram (perkara maksiat) juga kerana perintah ALLAH. Ketika berpuasa, kita akan menjaga lidah, mata, telinga serta hati dari melakukan perkara-perkara yang dimurkai ALLAH. Semoga akhlak yang baik ini dapat diteruskan selepas bulan Ramadan dan seterusnya sehingga ke akhir hayat kita. Insya-ALLAH.

4. Membayar Zakat
Zakat ialah kata dasar dalam bahasa Arab daripada perkataan Zaka yang membawapengertian berkat, tumbuh, suci, bersih dan baik atau dapat memberi maksud membersihkan atau mensucikan.
Menurut hukum Islam (istilah syarak) zakat bererti sejumlah harta tertentu yang diwajibkan oleh Allah SWT. diserahkan kepada orang yang berhak. Menurut al-Mawardi dalam Kitab al-Hawiy, zakat ialah nama bagi sesuatu pengambilan tertentu daripada harta yang tertentu menurut sifat-sifat tertentu dan untuk diberikan kepada golongan tertentu.

Tujuan zakat
1. Zakat dan jaminan sosial.
2. Penggerak ekonomi bagi golongan yang tidak mampu supaya memainkan peranan dalam ekonomi.
3. Menyuburkan kegiatan halal dalam aktiviti sosioekonomi umat Islam.
4. Membantu kegiatan dakwah dan pendidikan dalam masyarakat.
5. Mengiatkan semangat jihad dan kegiatan fisabililah.

Hikmah zakat
1. Memberi pertolongan orang susah dan fakir miskin.
2. Menjauhkan sifat-sifat bakhil orang Islam.
3. Menggalakkan umat Islam mengorbankan harta benda demi Islam.
4. Mengeratkan tali persaudaraan antara golongan berada dengan golongan miskin.
5. Sebagai tanda syukur atas nikmat-nikmat pemberian Allah SWT

5. Menunaikan Haji
etiap umat Islam yang cukup syaratnya (berkemampuan) wajib mengerjakan haji di Mekah. Haji ialah ibadat yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Orang yang menunaikan haji bukanlah kerana hendakkan keduniaan (gelaran atau menunjuknunjuk) tetapi kerana ibadat haji itu tuntutan agama.

Kewajipan mengerjakan haji diterangkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an dengan firman-Nya yang bermaksud:
…ۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلۡبَيۡتِ مَنِ ٱسۡتَطَاعَ إِلَيۡهِ سَبِيلٗاۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Dan bagi (kerana) Allah (wajib) atas manusia pergi ke rumah itu, (iaitu) siapa yang berkuasa mengadakan perjalanan kepadanya, dan barang siapa yang kufur maka sesungguhnya Allah itu kaya daripada alam semesta.
(Surah al-Imran: 97)
Ibadat haji tidak sebagaimana ibadat lain yang boleh dilakukan sewaktu berada di tempat kediaman di negeri sendiri. Sebaliknya, ibadat haji hanya boleh dikerjakan di kota suci Mekah dan dilakukan dalam musim haji sahaja iaitu pada bulan Zulhijjah. Ia juga memerlukan perbelanjaan dan kesihatan badan yang baik. Namum begitu, Allah SWT akan mempermudahkan semua itu kepada hamba-hamba-Nya yang bercita-cita untuk menunaikan haji sebagai tanggungjawab mereka sebagai seorang Islam. Oleh itu, kita sebagai hambanya perlu memasang niat untuk mengerjakan haji di samping berusaha untuk memenuhi keperluan yang diperlukan. Ini kerana haji merupakan satu jihad iaitu satu perjuangan, sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:
Daripada Aisyah r.a dia berkata: Saya bertanya: Ya Rasullullah, apakah wanita itu wajib jihad? Baginda bersabda: Ya, bagi wanita ada jihad tanpa peperangan iaitu Haji dan Umrah.
(HR. Ahmad dan Ibu Majah)

Bagi menyempurnakan ibadat ini, wajib orang yang hendak mengerjakannya mempelajari segala rukun dan adab haji dengan betul, supaya hajinya itu diterima Allah SWT

Inilah 5 Rukun Islam yang mesti dijaga dengan baik oleh orang-orang beriman. Setiap ibadah dalam Rukun Islam ini mengandungi syarat, rukun, sunat dan perkara-perkara yang membatalkan ibadah itu. Untuk mengetahui perkara-perkara tersebut adalah dengan mempelajarai setiap ibadah (Rukun Islam) itu dengan tekun dan sabar sehinggalah ibadah yang dilaksanakan itu betul dan sempurna mengikut segala hukum-hakamnya. Melaksanakan ibadah tanpa ilmu adalah ditakuti tidak akan diterima.

RUJUKAN :
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/pengertian-islam-iman-dan-ihsan/
https://kalam-insani.livejournal.com/52114.html
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1806-ahlan-wa-sahlan-ya-ramadhan?highlight=WyJidWxhbiIsIididWxhbiIsInJhbWFkaGFuIiwiYnVsYW4gcmFtYWRoYW4iXQ==
http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2180-irsyad-al-fatwa-siri-ke-209-hukum-solat-di-masjid-yang-lebih-jauh-daripada-kediaman-kerana-takut-menjadi-imam-di-surau-kampung