INFO TERKINI :

Kempen Solat Subuh Berjemaah

AJK Pembangunan Masjid Tmn Sutera Kajang bersiaran LIVE TALK SHOW di Radio IKIM pada 25 Nov 18 jam 2.30PM BACA LANJUT

Lawatan ke Tapak Masjid Tmn Sutera Kajang oleh Ustaz Mahayudin, Qadhi, Pegawai Agama Daerah Hulu Langat pada 25 Nov 2018 BACA LANJUT

PEMBANGUNAN KOMPLEKS MASJID TAMAN SUTERA (KOMTAS)

Surah An-Nisaa’ : Ayat 39

Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.

PRODUK KAMI

Terdapat 3 produk KOMTAS.
Kempen Wakaf (KW3800)
Kempen Wakaf Tunai Khusus (KWBD)
Kupon Wakaf

Sejarah KOMTAS

Pembangunan Kompleks Masjid Taman Sutera, Kajang, Selangor ini telah mendapat kelulusan pembinaan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 27 Januari 2011 dan Kebenaran Merancang (Development Order) dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 16 Jun 2011. Strategi AJK Masjid pada mulanya berhasrat untuk mengumpul RM2.0 juta terlebih dahulu sebelum memulakan pembinaan. Namun hanya RM1.1 juta sahaja yang berjaya dikumpul sepanjang 7 tahun sehingga tahun 2017. Penduduk menaruh harapan tinggi dapat menggunakan masjid berkenaan.

Pembinaan Masjid : 22%

RM8.0 Juta

Kos Projek

RM2.95 Juta

Derma

RM5.05 Juta

Keperluan

Bersama Kami

Jom ikut kami rapat-rapat untuk tahu lebih banyak lagi peluang-peluang untuk menabung saham akhirat. Rasulullah menganjurkan agar kita bersedekah jika memiliki harta. Setiap yang dibelanjakan kepada orang lain, ia akan mendapat pahala sedekah.

Alamat

Jalan Sutera 2/3, Taman Sutera, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Telefon

0133912122 (Wan Nazri) 0193429396 (Yasmizi) 0193121229 (Shaifudin)

Email

admin@masjidtamansutera.com